Baseus 65W Car Charger (USB+USB Type C) – C
Baseus ada menawarkan pengecas 12V/24V yang berkeupayaan untuk memberi kuasa sehingga 65W. Baseus 65W Car Charger ini merupakan antara produk Baseus yang berasal dari negara China. Baseus ialah sebuah syarikat mobile accessory yang berpusat di China dan terkenal dengan produk-produknya yang berkualiti tinggi pada harga yang munasabah.

Dari segi kemasan produk, kami mendapati produk ini seakan dibuat dengan material murah. Tidak seperti pengecas kereta USB Xiaomi yang menggunakan bahan logam untuk permukaan luarannya.
Kami telah mencuba sendiri pengecas ini dan mendapati output daripada port USB Type C nya dapat mengeluarkan kuasa sehingga 65W walaupun menggunakan sumber kuasa 12V daripada kereta.

Pengecas ini menawarkan 1 output USB Type A dan 1 output USB Type C. Menariknya ialah anda boleh menggunakan dua jenis sumber kuasa, iaitu kereta (12V) dan trak/bas (24V). Berikut dipaparkan mod kuasa yang disokong oleh peranti kecil ini:
Mod Sokongan Baseus 65W Car Charger
USB Output : 4.5V-5A;5V-4.5A;5V-3A;9V-3A;12V-2.5A;20V-1.5A Max Type-C Output : 5V-3A;9V-3A;12-3A;15V-3A;20V-3.25A Max
Pengecas ini boleh digunakan untuk mengecas hampir semua telefon pintar di pasaran dan juga hampir semua laptop yang menggunakan sumber kuasa USB Type C seperti Macbook Air dan juga Lenovo Thinkpad.
Selain daripada itu, Bases 65W Car Charger ini juga menyokong paparan voltan dan arus yang digunakan olehnya. Contohnya selain daripada mengecas peranti, anda juga dapat melihat voltan sebenar kereta atau trak anda dan mendapat maklumat lebih awal sekiranya bateri kereta anda perlu ditukar.
Produk ini boleh didapati di Shopee (pautan produk).