Contoh Pengumuman Kes Positif COVID-19 di Kediaman Strata

Apabila terdapat kes positif COVID-19 di kediaman anda, pihak pengurusan kediaman strata perlu memaklumkan kepada semua penduduk berkenaan hal ini untuk membolehkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga. Berikut dipaparkan contoh pengumuman kes positif COVID-19 di kediaman strata.

Badan Pengurusan Bersama DX Residences
28, Jalan Permai
50888 Kuala Lumpur 18 Januari 2021


KES POSITIF COVID-19

Kepada semua penduduk,

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa terdapat seorang penduduk DX Residences disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 Januari 2021. Siasatan awal mendapati berkenaan tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan mana-mana penduduk lain sejak 14 hari sebelum didapati positif.

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengambil beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan berlaku dalam komuniti kita. “Common area” yang melibatkan kawasan lif dan koridor berhampiran penduduk berkenaan akan menjalani proses sanitasi.

Kami memohon kerjasama para penduduk untuk sentiasa menjaga jarak sosial dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

AHMAD BIN ABU

Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
DX Residences

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.