Memilih Kabel LAN Yang Sesuai Untuk Home Networking

Rangkaian di rumah (home networking) tidak jauh bezanya dengan di pejabat. Apatah lagi jika anda bekerja dari rumah, terdapat keperluan yang penting untuk anda menyiapkan home networking dengan baik. Dengan harga yang munasabah, anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan home networking anda dengan mudah di kedai-kedai komputer ataupun platform beli belah online.

Different Ethernet Categories Chart
Jenis-jenis kabel Ethernet. Sumber gambar: Planet Technology USA

Kabel yang popular untuk digunakan ialah kabel jenis CAT5e dan juga CAT6.

Walaupun terdapat cable CAT7 dan CAT8 di pasaran, sekiranya anda tidak mahu berbelanja lebih, anda boleh menggunakan kabel CAT5e ataupun CAT6 sahaja kerana kedua-dua kabel ini boleh menyokong keupayaan Gigabit Ethernet. Gigabit Ethernet menawarkan sambungan dalam rangkaian sehingga 1 Gbps.

Dengan kelajuan melebihi 100 Mbps yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan internet seperti TIME Broadband, Unifi dan Maxis Fibre, Gigabit Ethernet pastinya menjadi pilihan anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memerlukan speed melebihi 100 Mbps, memadai dengan menggunakan kabel CAT5 ataupun CAT5e sahaja.

Rujukan

  1. Demystifying Ethernet Types —Difference between Cat5e, Cat 6, and Cat7 (planetechusa.com)

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.