Perak
Perak ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia.
Negeri ini bersempadan dengan Selangor di bahagian selatan, Pahang & Kelantan di bahagian timur dan Pulau Pinang & Kedah di bahagian utara.
Maklumat Ringkas Negeri Perak
- Sultan: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
- Bandar Diraja: Kuala Kangsar
- Menteri Besar: Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu
- Ibu negeri: Ipoh
- Bilangan penduduk: 2,500,000 (2018)
- Keluasan: 20,976 km persegi
Sejarah Negeri Perak
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama negeri ini. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Bermulanya titik sejarah Negeri Perak
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Campur Tangan Inggeris
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Kedatangan Jepun
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.
Sumber: Laman web SUK Negeri Perak
Perkhidmatan teksi
Name/company | Address | Phone No. |
---|---|---|
Abd Rahim Ramly | Perhentian Teksi Kg Gajah Teluk Inta | 05-621 4836 |
Abu Mansor Hi Jaafar | Perhentian Mdn Kidd Ipoh | 05-253 7159 |
Anson Outstation Taxi Svce | Bangunan Aked MARA Teluk Intan | 05-622 1663 |
BalakrishnanP N | 1008, Jln Gereja Air Tawar | 05-672 4273 |
Chong Nga Nga | 790A, Kg Bercham Ipoh | 05-547 0210 |
Gunong Rapat Taxi | 48, Jln Yau Ket Shin, Ipoh | 05-253 7289 |
Hamdan Abd Kadar Perhentian Kereta Sewa | Kg Gajah Teluk Intan | 05-631 1862 |
Hoo Kok Choon | Pondok Stesen Teksi Sitiawan, Sitiawan | 05-691 4671 |
Khoo Chew Goh | 49-1, Jalan C M Yussuff Ipoh | 05-250 5602 |
Ko-Op Bandaran & Kg Kinta Bhd | 14A, Jalan Merlin Ipoh | 05-253 4188 |
Kuala Kangsar Dist Taxi & Hire Car Services Assn | Perhentian Taxi Bandar Baru Kuala Kangsar | 05-766 1092 |
Lai Ah Lek | Kaunter Teksi, Lapangan Terbang Ipo | 05-312 6879 |
Lee Pean & Co | 5, Jalan Iskandar Taiping | 05-807 5988 |
Mohd Lodin B Pandak Ahmad | Stesen Teksi Jalan Raja Tapah | 05-401 1239 |
Nam Taxi Co | 15, Jalan Raja Musa Abd Azia Ipoh | 05-251 2189 |
Ngok Ah Kiu | 78 Jalan Besar, Kg Koh Sitiawan | 05-691 1784 |
Perkhidmatan Perhentian Teksi Menglembu | 50, Jalan Clare Ipoh | 05-253 7040 |
Perkongsian Jaya Sepakat | Stn Bas Lama Taiping. | 05-807 3128 |
Sg Siput Taxi Stand | Jalan Besar, Sungai Siput | 05-598 1201 |
Sulaiman b Ngah Rimba | 11, Jalan Tun Abd Razak Ipoh | 05-250 3100 |
Suppiah M | Pondok Stesen Teksi Air Tawar | 05-672 2744 |
Syarikat Kerjasama Kenderaan & Pengangkutan Ulu Kinta Bhd | 16A, Jalan Hume, Ipoh | 05-251 4010 |
Sykt Kerjasama Kenderaan (TM) Bhd | Wisma Datuk Hj Mohd, Tanjung Malim | 05-223 3831 |
Sykt Perhentian Teksi Bandar Kampar | Jalan Balai, Kampar, Kampar | 05-466 2361 |
Taiping Public Taxistand | 1, Jalan Iskandar, Taiping | 05-807 3282 |
Tenama Sdn Bhd | 19A, Mdn Kidd Ipoh Pej Am, Ipoh | 05-526 7369 |
Tham Kong Thow | 143, Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh | 05-253 5721 |
Terminal bas
Di Ipoh, terminal bas ekspres utama ialah Terminal Meru Raya yang terletak di Meru, Ipoh. Dahulunya, terminal ini dikenali dengan nama Terminal Amanjaya.
Stesen keretapi
Stesen Keretapi Kota Bharu (Kargo)
Lapangan terbang
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH)
Lapangan Terbang Taiping (TPG)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKKPK)
Majlis Perbandaran Taiping (MPTaiping)
Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)
Majlis Daerah Kampar (MDKampar)
Majlis Daerah Gerik (MDG)
Majlis Daerah Kerian
Majlis Daerah Batu Gajah
Majlis Daerah Lenggong
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Majlis Daerah Perak Tengah
Majlis Daerah Selama
Majlis Daerah Tanjong Malim
Majlis Daerah Tapah