Trending di Malaysia – Februari 2021

Februari 2021 menyaksikan sambutan Tahun Baru Cina secara norma baharu di Malaysia.

Berikut dipaparkan beberapa keyword yang menjadi pilihan rakyat Malaysia pada bulan Februari 2021.

Chinese New Year 2021 (750K+ termasuk keyword berkaitan)

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini pastinya berbeza berbanding tahun sebelumnya. Dipercayai antara sebab utama netizen mencari keyword Chinese New Year 2021 ialah ingin mendapatkan contoh ucapan dan juga untuk mencari tarikh sambutan perayaan berkenaan.

10 Februari – Elisa Lam (10K+)

Elisa Lam ialah seorang penuntut universiti dari Kanada yang terkorban dalam insiden malang di Hotel Cecil, Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Walaupun kehilangannya berlaku pada tahun 2013, dokumentari Netflix yang baru-baru ini dilancarkan mencetuskan minat baharu dalam kalangan penonton dan netizen.

9 Februari – Adham Baba

Menteri Kesihatan Malaysia mencetuskan kontroversi dengan pengumuman prosedur baharu untuk lawatan Menteri Kabinet ke luar negara. Prosedur baharu berkenaan menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang mempersoalkan pendekatan “double standard” untuk pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Malaysia.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.