Kedah

Kedah ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia.
Negeri ini bersempadan dengan Perlis di sebelah utara, Kelantan di sebelah timur dan Pulau Pinang & Perak di sebelah selatan.
Maklumat Ringkas Negeri Kedah
- Sultan: Sultan Sallehuddin
- Bandar Diraja: Anak Bukit
- Menteri Besar: Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir
- Ibu negeri: Alor Setar
- Bilangan penduduk: 2,173,700 (2018)
- Keluasan: 9,447 km persegi
Perkhidmatan teksi
Name/company | Address | Phone No. |
---|---|---|
Ibrahim Taib | Gerai MPKS, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. | 04-761 2085 |
Kedah Auto Serivce | Co Ltd-29, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar | 04-733 9232 |
Persatuan Taxi Kedah Utara | Belakang Pej Zakat, Jalan Limbong, Kapal, Alor Setar | 04-733 2360 |
Putra Teksi Service | 32, Jalan Penjara Lama, Alor Setar | 04-732 1764 |
Surin Tours Agency | 32, Kelibang, Pulau Langkawi | 04-966 6312 |
Terminal bas
Terminal Bas Ekspres Alor Setar (Shahab Perdana)
Stesen keretapi
Lapangan terbang
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR)
Kerajaan Tempatan
Negeri ini memiliki 11 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan 1 majlis bandaraya, 4 majlis perbandaran dan 6 majlis daerah.
Majlis Bandaraya Alor Setar
Majlis Perbandaran Kulim
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Majlis Daerah Baling
Majlis Daerah Bandar Baharu
Majlis Daerah Padang Terap
Majlis Daerah Pendang
Majlis Daerah Sik
Majlis Daerah Yan
Sejarah Negeri
Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke – 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman ‘Pleistocene’ lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.
Sumber
- Tentang Kedah – Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah