• Pelbagai

Penghantaran Makanan

Perkhidmatan penghantaran makanan ataupun food delivery service ialah perkhidmatan menghantar makanan ke mana-mana lokasi yang dipilih oleh pelanggan.

Penyedia Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan penghantaran makanan yang terdapat di Malaysia. Untuk Grabfood dan Foodpanda, terdapat banyak menu pilihan dan bergantung kepada lokasi pilihan penghantaran anda. Contohnya, anda boleh mendapatkan makanan dan minuman anda dari kebanyakan restoran yang terdapat di pusat beli belah berdekatan.

Pop Meals (dahulunya dikenali dengan nama dahmakan)

Dahmakan ialah penyedia perkhidmatan penghantaran yang meliputi beberapa bandar terpilih di Malaysia. Makanan dan minuman yang disediakan didatangkan terus dari dapur mereka sendiri, kecuali beberapa menu berjenama seperti Famous Amos, Starbucks dan Tealive.

GrabFood

GrabFood ialah perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh Grab. Menggunakan aplikasi mudah alih yang sama untuk perkhidmatan Grab yang lain, para pelanggan boleh memesan makanan melalui Grabfood. Pilihan makanan pula tertakluk kepada lokasi penghantaran yang dipilih oleh pelanggan.

Foodpanda

Foodpanda ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang terdapat di beberapa negara. Perkhidmatan ini berasal daripada negara Jerman. Berbanding dahmakan yang menyediakan menunya sendiri, Foodpanda berfungsi seperti Grab yang membolehkan pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran.

Khidmat penghantaran makanan yang lain

KFC Delivery: Penghantaran untuk menu di restoran KFC oleh KFC Malaysia

McDelivery: Penghantaran untuk menu di restoran McDonald’s oleh McDonald’s Malaysia

Kaedah Pesanan

Aplikasi Mudah Alih: Pelanggan perlu memuat turun aplikasi mudah alih penyedia perkhidmatan untuk tujuan pesanan, penjejakan pesanan (order tracking) dan komunikasi dengan penghantar (delivery rider).

Laman Web: Pelanggan perlu log masuk. Jika anda belum mendaftar dan ingin membuat pesanan makanan buat pertama kali, klik pada pautan pendaftaran di bawah laman ini.

Kaedah Bayaran

Cash On Delivery (COD): Bayaran menggunakan tunai ketika penghantaran dibuat.

Kad Debit & Kad Kredit: Diterima untuk kebanyakan perkhidmatan termasuklah GrabFood, Foodpanda dan Dahmakan.

eWallet: Untuk Grabfood, anda boleh membayar menggunakan GrabPay. Bayaran melalui Touch N Go eWallet pula boleh dibuat untuk perkhidmatan Delivereat. Klik sini untuk cara pendaftaran Touch N Go eWallet.

Perbankan Internet: Diterima untuk kebanyakan perkhidmatan termasuklah GrabFood, Foodpanda dan Dahmakan.

Nak Memesan Makanan? Daftar di sini!

Foodpanda: Diskaun RM 10.00 untuk pesanan pertama anda! Klik sini untuk mendaftar.

You may also like...