NU Sentral

NU Sentral ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pusat beli belah ini terletak bersebelahan hab pengangkutan KL Sentral dan mempunyai laluan terus untuk ke Stesen Monorel KL Sentral. Pusat beli belah ini dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Dengan sambungan ke pelbagai rangkaian transit yang lain, pusat beli belah ini juga dilabelkan sebagai pusat beli belah “transumer” pertama di Malaysia. “Transumer” ini bermaksud pelanggan transit (transit consumer).
Lokasi dan Waktu Operasi NU Sentral
Alamat: No. 201 Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur
Koordinat GPS: 3.1334, 101.6869
Waktu Operasi: 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari
Khidmat Pelanggan
No. telefon: +603-2859 7177
Alamat e-mel: [email protected]
Laman web: https://www.nusentral.com/
Laman Facebook (https://www.facebook.com/nusentral/): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 119,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.
Laman Instagram (https://www.instagram.com/nusentral): Laman Instagram mereka memiliki lebih 2,500 pengikut dengan 2,589 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.
Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/nusentral): Laman YouTube mereka mempunyai 931 subscribers (April 2020). Laman ini sudah agak lama bertapak memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 16 Januari 2014.
Laman Twitter (https://twitter.com/nusentral): Laman Twitter mereka memiliki lebih 670 pengikut (April 2020). Laman ini dilihat sudah lama tidak dikemas kini kerana ciapan terakhir dibuat pada 21 Jun 2018.