Pahang
Pahang ialah sebuah negeri yang terletak di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.
Negeri ini juga merupakan terletaknya beberapa bandar utama seperti Bera, Bentong, Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub, Rompin, dan Temerloh.
Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan menjadi pusat pentadbiran negeri sejak tahun 1955.
Bandar dirajanya pula ialah Pekan.
Sejarah
Pada zaman dahulu, negeri ini ditadbir oleh kerajaan Siam. Kemudiannya, pemerintahan Siam di sini telah diserang dan pentadbirannya diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke melaka.
Puteri kepada Maharaja Dewa Sura, Puteri Onang Seri dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah dan dikurniakan dua orang putera, Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Raja Muhammad kemudiannya dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Setelah kemangkatannya, Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang.
Dinasti kesultanan Melayu Pahang musnah apabila Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dibunuh. Kemudiannya, kesultanan di Johor mengambil alih pemerintahan di negeri ini.
Pemerintahan kesultanan Johor di sana tidak bertahan lama apabila mereka telah diserang oleh kerajaan Acheh.
Kesultanan Pahang yang masih wujud pada hari ini bermula daripada Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah (memerintah 1881-1914), kemudiannya diikuti oleh:
- Sultan Mahmud Shah (1914 – 1917)
- Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah (1917 – 1932)
- Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (1932 – 1974)
- Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (1974 – 2019)
Sultan Ahmad Shah
Tempat-tempat Menarik Untuk Dilawati
Negeri ini kaya dengan sejarah dan identitinya yang tersendiri. Berikut kami kongsikan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati:
Bukit Fraser
Bukit Tinggi
Bukit Gambang Resort City
Genting Highlands
Gunung Tahan
Masjid Sultan Ahmad 1 (Kuantan)
Muzium Sungai Lembing
Pantai Teluk Cempedak
Pulau Tioman
Taman Negara
Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highlands)
Pasar Malam Popular
Pengangkutan Awam
Lapangan terbang
Kuantan: Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah / Sultan Haji Ahmad Shah Airport (KUA)
Stesen keretapi
Stesen Keretapi Kampung Berkam
Sumber
- Teori Dan Asal Usul Nama Negeri Pahang – Kashiwagi, Sejarah.my, 22 Januari 2019.
- Sejarah Kesultanan Melayu Pahang – Poral Diraja Pahang