Sarawak

Sarawak ialah negeri yang terletak di bahagian timur Malaysia. Hanya negeri Sarawak dan Sabah berada dalam bahagian ini, iaitu pulau Borneo.
Sejarah Negeri Sarawak
Penduduk asal sudah lama bertapak di Sarawak. Namun begitu, terdapat pemberontakan oleh masyarakat tempatan pada satu ketika dan kebetulan James Brooke tiba di tebingan Sungai Sarawak pada waktu itu.
James Brooke berjaya menyelesaikan pemberontakan itu. Hasilnya, dia dianugerahkan dengan wilayah Sarawak.
Sepanjang pemerintahannya, James Brooke telah membawa beberapa pembaharuan yang signifikan kepada negeri ini. Hasilnya, pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak dapat bertahan lama sehingga tiga generasi. Pusat pentadbiran mereka pula ialah di Kuching. Sehingga kini, Kuching kekal menjadi pusat pemerintahan negeri ini.
Selain daripada Terengganu, negeri ini jugak tidak mempunyai jaringan rel keretapi.
Pengangkutan Awam
Terminal bas
- Kuching
- Sibu
- Bintulu
- Miri
- Limbang
Lapangan terbang
Jaringan pengangkutan ni negeri ini agak mencabar kerana saiz negeri yang besar dan halangan bentuk muka bumi yang menyukarkan pembinaan jalan di sesetengah tempat. Oleh itu, pengangkutan udara memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti di sini.
- Kuching International Airport (KCH) – Aviation.MY
- Miri Airport (MYY) – Aviation.MY
- Limbang Airport (LMN) – Aviation.MY
- Sibu Airport (SBW) – Aviation.MY
Terminal feri
Negeri ini mempunyai jaringan sungai yang panjang dan juga bentuk muka bumi yang menyukarkan pembinaan jalan raya. Oleh itu, sebilangan penduduk di sini menggunakan feri untuk perjalanan antara tempat-tempat penting dalam negeri.
Berikut dipaparkan terminal feri atau jeti yang popular di negeri ini:
- Terminal Feri Sibu
- Terminal Feri Song
- Terminal Feri Kapit
Sumber
- Sejarah Bahagian Kuching – Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching