• Pelbagai

Subang Parade

Subang Parade - Oktober 2019
Subang Parade - Oktober 2019

Subang Parade ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di pusat bandar Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Pasar Raya dan Kedai

Gedung beli belah utama di sini ialah Parkson yang berada di Tingkat LG, G dan F.

Terdapat juga panggung wayang di sini iaitu MBO Cinemas yang beroperasi di Tingkat F.

Restoran

Tingkat LG: 1901 Hotdog, Ah Cheng Laksa, Baskin Robbins, Boost Juice, Bread Story, Chill Chill, Cornery – The Popcorn Gallery, Dodo Dim Sum & Bowls, Famous Amos, Hokkaido Baked Cheese Tart, Juicy, Komugi, Kopitime Cafe (PJ) Sdn Bhd, Liang Sandwich Bar, Mama’s Corner, McDonald’s, Mohd Chan, Nando’s, NY Steak Shack, Old Pasar Road Since 1920 Kopitime, Old Town Coffee On The Go, Oochid Bistro, Penang Nyonya, Rotiboy, Secret Recipe, Subang House Cafe, Super Saigon, Tealive, The Chicken Rice Shop, The Manhattan Fish Market, The Skinny Bakers

Tingkat G: Chatime, Coffee Bean & Tea Leaf, D Licious, Dave’s Deli, Dome Cafe, Esquire Kitchen, Mozer’s, My Own Bake, Penyet Express, Sakae Sushi, Starbucks Coffee, Teh Tarik Place, Uncle Lim’s Cafe

Tingkat F: Carl’s Jr

Sejarah

Pembinaannya bermula dari tahun 1985 hingga tahun 1987. Pusat beli belah ini dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah pada bulan Mac 1988. Pusat beli belah ini ialah antara pusat beli belah besar yang terawal di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Parkson Department Store juga membuka gedungnya yang ke-2 di sini pada tahun 1987, setahun sebelum pembukaan pusat beli belah ini.

Pusat beli belah ini juga pernah menjadi pusat beli belah yang terpanjang di Asia Tenggara, menurut laman webnya.

Sudah bertapak lama melebihi tiga dekad, pastinya Subang Parade menyimpan 1,001 kenangan kepada penduduk Malaysia yang sering mengunjunginya

Kemudahan di Subang Parade

Ruang Bacaan

Pusat beli belah ini menyediakan ruang bacaan di dalamnya. Pengunjung boleh membaca buku yang ada ataupun mendermakan bahan bacaan mereka di ruang bacaan ini.

Ruang bacaan ini terletak di Tingkat 1, East End Concourse.

Surau

Surau disediakan di tingkat 1.

Khidmat Pelanggan dan Maklumat Korporat

Facebook (https://web.facebook.com/MYSubangParade): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 89,200 pengikut.

Instagram (https://www.instagram.com/MYSubangParade/): Pengumuman dan maklumat terbaru ada dikirimkan di sini. Terdapat 15,300 pengikut di laman Instagram mereka. Mereka juga didapati turut membalas komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram yang lain.

No. telefon: +603 5032 9778

E-mel:[email protected]

Jam operasi: 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum

Alamat:
Subang Parade Shopping Centre
Hektar Property Services Sdn Bhd
Lot A, Basement,
Subang Parade,
No. 5, Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor

You may also like...