• Pelbagai

Perbadanan Putrajaya

Bangunan Perbadanan Putrajaya (PPj), 4 Julai 2016
Bangunan Perbadanan Putrajaya (PPj), 4 Julai 2016

Perbadanan Putrajaya (PPj) adalah sebuah kerajaan tempatan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kawasan Putrajaya, bidang kuasa PPj meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan kemudahan, pelesenan perniagaan, ruang parkir dan pengurusan cukai taksiran bagi peniaga dan penduduk tempatan.

Perkhidmatan Online oleh Perbadanan Putrajaya

Kemudahan Yang Disediakan

PPj menyediakan beberapa kemudahan untuk penggunaan rakyat yang tinggal di Putrajaya ataupun para pelawat.

Antara kemudahan yang disediakan ialah perpustakaan, kolam renang, dewan serbaguna dan kemudahan riadah.

Perkhidmatan Lain

Kutipan Sampah

Kutipan sampah di Putrajaya diuruskan oleh Alam Flora, yang juga menguruskan kutipan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.

Maklumat Korporat

Alamat:

Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana, Presint 3
62675 Putrajaya Malaysia.

Emel: [email protected]

No. telefon: +603 8000 8000

Maklumat Khidmat pelanggan / Aduan pengguna

Jika anda melawati laman web PPj, anda akan disapa oleh chatbot yang dinamakan Putri. Putri akan membantu anda mencari maklumat yang diperlukan dalam laman web PPj.

Walau bagaimanapun, kami tidak pasti sama ada chatbot berkenaan sentiasa dipantau oleh tenaga kerja sebenar (manusia) atau tidak.

No. Telefon: +603 8887 3000

Laman web: http://ppj.spab.gov.my/

You may also like...