Bangunan Paling Tinggi di Malaysia

Sejak lewat tahun 1980an, Malaysia mula mengorak langkah yang lebih cepat dalam pembangunan. Ini dapat dilihat menerusi perancangan untuk membina pencakar-pencakar langit yang menjadi ikon pembangunan pesat dan kemajuan yang dikecapi negara. Anda mesti ingin tahu bangunan apakah yang paling tinggi di Malaysia. Mari kita lihat bangunan-bangunan lain yang tinggi juga di Malaysia.
Senarai Bangunan Paling Tinggi di Malaysia
Berikut dipaparkan senarai binaan atau bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
No. 5: Menara TM
Menara TM ialah sebuah bangunan pejabat 55 tingkat yang terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia. Menara ini berketinggian 310 meter.
Reka bentuk bangunan ini diinspirasikan daripada rebung. Selain dari itu, bangunan ini juga memiliki reka bentuk yang agak serupa dengan Stark Tower. Marvel Malaysia dan TM juga pernah bekerjasama untuk program mempromosi filem Avengers: Infinity War dahulu.
Antara syarikat yang menduduki bangunan ini ialah Mercedes-Benz, Takaful Nasional dan Jabatan IT Tenaga Nasional.
Pengangkutan awam: Stesen LRT paling hampir dengan Menara TM ialah Stesen LRT Kerinchi – KJ18.
No. 4: Four Seasons Place
Four Seasons Place ialah bangunan serbaguna yang menempatkan bangunan komersil dan kediaman. Terdapat hotel, apartmen dan juga pusat beli belah di sini. Bangunan ini berketinggian 342.5 meter.
No. 3: Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara telekomunikasi yang terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini mempunyai pemancar telekomunikasi di atasnya.
Selain dari itu, Menara Kuala Lumpur turut menempatkan Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur yang menyajikan hidangan buffet antarabangsa pada harga yang berpatutan.
Sewaktu proses pembinaan, Menara ini dipindahkan tidak jauh dari pelan asalnya kerana kerajaan memutuskan untuk menyelamatkan sebatang pokok yang berusia ratusan tahun daripada ditebang.
Pengangkutan awam: Stesen monorel yang paling hampir dengan Menara Kuala Lumpur ialah Stesen Monorel Bukit Nanas – MR8.
No. 2: Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers)

Menara berketinggian 452 meter ini dirancang untuk dibina sekitar lewat 1980-an. Arkitek bagi menara ini ialah Cesar Pelli.
Bagi menggalakkan daya saing dan peningkatan kualiti, pihak kerajaan Malaysia telah melantik dua kontraktor bagi setiap satu menara yang dibina. Masing-masing berlumba untuk menyiapkan menara tersebut.
Menara ini menjadi bangunan yang tertinggi di dua dari tahun 1998 hingga tahun 2004. Walaupun Menara Berkembar Petronas ini bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia, menara ini masih lagi merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Pengangkutan awam: Stesen LRT yang paling hampir dengan Menara Berkembar Petronas ialah Stesen LRT KLCC – KJ10. Anda juga boleh menggunakan Bas GoKL City Bus.
No. 1: Bangunan paling tinggi di Malaysia – The Exchange 106
The Exchange 106 ialah bangunan tertinggi di Malaysia pada masa ini. The Exchange 106 ialah sebuah bangunan pejabat yang berketinggian 106 tingkat. Bahagian atasnya dibina menggunakan besi sebanyak 12 tingkat, juga dikenali sebagai “crown” kepada bangunan tersebut.
Bangunan ini menjadi saksi kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila projek Bandar Malaysia terpalit dengant pelbagai tuduhan korupsi dan rasuah. Bangunan ini telah siap dan sedia untuk diduduki pada tahun 2019.
Dalam Pembinaan: Merdeka 118

Merdeka 118 ialah sebuah menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang masih dalam proses pembinaan. Menara ini dibina berhampiran dengan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.