Pusat Beli Belah

Iklim Malaysia yang bersifat panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan pusat beli belah (shopping mall) menjadi popular dalam kalangan rakyatnya.
Shopping mall yang pertama dibuka di Malaysia ialah Ampang Park yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Antara shopping mall lain yang terawal di Malaysia ialah Pertama Complex di Chow Kit (dibuka pada tahun 1976), Sungei Wang Plaza (1977), Kota Raya (1991), dan Sogo (1994).
Senarai pusat beli belah di Malaysia
Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor)
- 1 Utama, Damansara
- Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
- IOI City Mall, Putrajaya
- IOI Mall, Puchong
- Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
- NU Sentral, Kuala Lumpur
- Pavilion KL, Kuala Lumpur
- Setapak Central, Setapak
- The Starling, Damansara Uptown
- Suria KLCC, Kuala Lumpur
- Subang Parade, Subang Jaya
Ampang Park: Pusat Beli Belah Dalam Kenangan
Ampang Park, shopping mall yang terawal di Malaysia kini sudah diruntuhkan kerana sebuah stesen MRT akan dibina di lokasi berkenaan. Bertahun-tahun lamanya peniaga dan penyokong yang lain menentang perobohan shopping mall ini, namun usaha mereka menemui kegagalan apabila panel tiga hakim dari Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk menolak permohonan rayuan pemilik strata Ampang Park.
Ampang Park dibuka pada 15 Mac 1973, menjadikannya sebagai shopping mall yang pertama di Malaysia. Pelan asal Ampang Park ialah untuk membolehkan penggunaan pendingin hawa sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ketika pembinaan, keputusan dibuat untuk membolehkan pengudaraan secara semula jadi di atrium.
Pembangun bagi Ampang Park ialah Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd manakala pihak pengurusan pula ialah Ampang Park Management Corporation (1836). Arkiteknya pula ialah DP Architects dan Thomas A.S Tiang. Terdapat lebih 250 kedai di sini dengan keluasan ruang lantai kedai sebanyak 340,000 kaki persegi (32,000 meter persegi). Terdapat 450 petak ruang parkir kereta dan lima tingkat di sini termasuk tingkat bawah tanah dan atas bumbung.
Sumber
- Time to say goodbye to the country’s first shopping mall – Jonathan Edward, Malay Mail, 24 Disember 2017