Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir kawasan Subang Jaya, Selangor.
Sebagai kerajaan tempatan, bidang kuasa MPSJ meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan kemudahan, pelesenan perniagaan, ruang parkir dan pengurusan cukai taksiran bagi peniaga dan penduduk tempatan.
Sejarah MPSJ
Kawasan pentadbiran MPSJ dahulunya diuruskan oleh Majlis Daerah Petaling. Kemudiannya, pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi cabaran pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 62, MPSJ telah diwartakan pada 02 Januari 1997, mengikut pelan warta 1192 dengan keluasaan tapak 16,180 hektar dan terbahagi kepada tujuh (7 ) Blok Perancangan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020 (RTMPSJ 2020 ) iaitu:
Blok Perancangan 1 ( Subang Jaya – USJ );
Blok Perancangan 2 ( Subang Hi – Tech );
Blok Perancangan 3 ( Putra Height );
Blok Perancangan 4 ( Kinrara );
Blok Perancangan 5 ( Puchong );
Blok Perancangan 6 ( Bandar Putra Permai ); dan
Blok Perancangan 7 ( Seri Kembangan )
Kemudahan Yang Disediakan
PPj menyediakan beberapa kemudahan untuk penggunaan rakyat yang tinggal di Putrajaya ataupun para pelawat.
Antara kemudahan yang disediakan ialah perpustakaan, kolam renang, dewan serbaguna dan kemudahan riadah.
Perkhidmatan Lain
Kutipan Sampah
Kutipan sampah di kawasan pentadbiran MPSJ diuruskan oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd.
Maklumat Khidmat pelanggan / Aduan pengguna
Untuk aduan berkenaan sampah di kawasan pentadbiran MPSJ, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih iClean Selangor. Ada ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi ini ialah aduan bergambar berserta lokasi, semakan aduan, dan maklum balas aduan.

No. telefon: 03-8024 7700
Laman Facebook (https://web.facebook.com/MPSubangJaya/): Laman Facebook mereka memiliki lebih 27,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan hebahan berkenaan aktiviti mereka ada dimuat naik di laman ini dengan agak kerap.
Senarai pasar malam: Senarai Pasar Malam MPSJ (2020)
Maklumat Korporat
Alamat:
Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Emel: [email protected]
No. telefon: 03-8024 7700
Laman web: https://portal.mpsj.gov.my